Acara larian pada bulan hadapan (DECEMBER) 2013!!!

Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dapat disertai sepanjang bulan December akan datang. Penuhi hari minggu anda dengan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan dan jangan lupa untuk mengajak rakan-rakan anda yang lain! Mari kita bersukan bersama-sama!

01/12/2013 – Sunday

CICM Responsible Care Run | Setia Alam, Shah Alam, Selangor | 5km, 10km, HM |
Team Malaysia Fan Run | Dataran Putrajaya, Precinct 3, Putrajaya | 3km, 10km, 15km |

07/12/2013 – Saturday

4th Putrajaya International 12-Hour Walk | Dataran Putrajaya, Putrajaya | Walk |

08/12/2013 – Sunday

GM Klang Run 4 It 7 | GM Klang Wholesale City, Klang, Selangor | 5km, 10km, HM |
The White Ribbon Run | Padang Merbuk, Kuala Lumpur | 7km Run, 3km Walk |

15/12/2013 – Sunday

Mizuno PACM Relay Run | MAEPS/MARDI, Serdang, Selangor | Relay | 4 x 3.86km |

22/12/2013 – Sunday

Bangi Fun Run | Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor | 3.5km |

28/12/2013 – Saturday

Petzl Allsports Night Trail Run | Taman Cabaran Putrajaya, Presint 5, Putrajaya | 10km |

29/12/2013 – Sunday

Morib Fun Run | Dataran Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor | 5km |
Newton Challenge | Bandar Kinrara, Puchong, Selangor | 15km, 25km |
Up Hills Speed Run | Taman Cabaran Putrajaya, Precinct 5, Putrajaya | 600m |

Aktiviti-aktiviti berfaedah untuk anak-anak anda di musim cuti sekolah!

Cuti sekolah yang panjang sudah pun bermula. Apa aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah? Penuhi masa terluang anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah di bawah ini dan jangan sesekali membiarkan mereka membuang masa kerana masa itu EMAS dan sangat berharga!

Aktiviti Berfaedah musim cuti sekolah

1) Kem Cuti Sekolah

Kebiasaannya sebelum cuti sekolah bermula, guru kelas ada menganjurkan kem-kem cuti sekolah yang termasuk dalam aktiviti kokurikulum. Para ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam kem-kem anjuran luar di mana banyak memberi faedah dan kebaikan pada diri mereka. Seperti contoh Kem Jati Diri, Kem Khemah Ibadah, Kem Motivasi dan sebagainya

2) Sertai Kelas Kemahiran

Selain dari belajar semata-semata mengadap buku  yang tebal, anak-anak anda boleh menyertai kelas kemahiran untuk meningkatkan taraf kebolehan diri masing-masing supaya diri mereka boleh menjadi ‘multitasking’ dan lebih berharga berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Seperti contoh Kelas Musik, Kelas Memasak/Menjahit, Kelas Bertukang dan sebagainya.

3) Siapkan Tugasan Sekolah

Beri peringatan kepada anak-anak anda supaya menghabiskan kesemua kerja sekolah yang diberikan terlebih dahulu terutama kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun hadapan. Ini juga mencerminkan keperibadian anak anda dan keluarga dalam mendidik dan mendisiplinkan diri mereka.

4) Beriadah Bersama Kawan-kawan dan Keluarga

Kadang-kala para ibu bapa tiada masa untuk meluangkan masa mereka untuk anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja. Beriadah bersama anak-anak di waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau selepas balik kerja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan apa yang penting dapat menyihatkan tubuh badan seperti contoh berbasikal, berjoging, mendaki bukit dan sebagainya.

5) Bergotong royong

Melakukan aktiviti pembersihan kawasan rumah dan di dalam bilik juga dapat menyihatkan tubuh badan dimana ia dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak apabila menggunakan tenaga. Islam juga mementingkan kebersihan bagi mengelakkan sebarang penyakit dan jangkitan kuman pada badan.

6) Menonton Televisyen

Anak-anak kini gemar menonton cerita-cerita terbaru atau kartun. Sebaiknya berikan pendedahan tentang sukan dan penjagaan kesihatan melalui siaran-siaran sukan dan kesihatan di kaca televisyen seperti sukan bola sepak, badminton atau sebagainya dimana mereka boleh praktiskan semasa melakukan sebarang latihan atau pertandingan. Ia juga sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memupuk semangat kesukanan dan penjagaan diri dengan baik dalam diri anak-anak anda.

7) Pergi ke perpustakaan

Berikan mereka pendedahan tentang pentingnya membaca buku. Bawa  mereka bersama ke perpustakaan yang berhampiran untuk meminjam dan membaca buku. Berikan juga mereka kebebasan dalam mengolah isi kandungan setiap buku yang dibaca mengikut pemahaman dan kreativiti mereka tersendiri. Aktiviti sebegini juga dapat mengelakkan anak-anak anda terjebak dari aktiviti-aktiviti yang kurang sihat akibat terpengaruh dengan rakan-rakannya yang lain.

8) Aktiviti bersama keluarga

Ajar anak-anak anda sembahyang berjemaah bersama dan hadiri kelas-kelas Al-Quran untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang hal-hal berkenaan akhirat. Aktiviti ini sekali gus dapat memberi kesedaran yang mendalam dalam diri mereka dan membentuk sahsiah diri yang baik. Selain itu juga anda boleh memasak bersama-sama untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dengan anak-anak.

Pernah gunakan APLIKASI untuk sukan di telefon bimbit?

Ramai di antara kita tidak peka terhadap aplikasi-aplikasi untuk tujuan sukan yang boleh di muat naik hanya menggunakan telefon bimbit. Apa yang hanya diperlukan ialah jalur lebar (internet) untuk memuatnaik aplikasi-aplikasi ini dan menggunakannya sacara online. Terdapat banyak faedah dan kelebihan yang mungkin kita tidak ketahui sebelum ini. Antaranya: –

Faedah-Faedah Menggunakan Aplikasi Sukan di Telefon Bimbit

* Boleh mengukur keseluruhan jarak di ikuti dengan masa larian serta lemak terbakar.

* Memberi arah mengikuti peta secara terperinci dan laluan yang pernah digunakan.

* Ikut pelan terperinci untuk membantu mencapai matlamat kecergasan tertentu.

* Memberi panduan larian yang betul dengan hanya menonton video di telefon bimbit.

* Boleh terus berkongsi segala kuputusan larian di Facebook, Twitter, Google+.

* Mengira tahap kesihatan jantung semasa larian.

Mobile Application

New Improved Iman Sports Hijab

We have received many feedbacks from our customer and our Iman Hijab in large was out of stock for the past two months. Now, our large size is back with new improved features.

So what’s new with it?

  • Expandable band on the headband to give more stretchability around the head
    We have added a short rubber band integrated together with the headband to allow better elasticity for you.
  • Wider and Longer length in the front for better chest covering
    The length of Large size is now extended from 36 cm to 38 cm with wider measurement on the chest.
  • Newly designed Nashata logo placement on headband
    We wanted to keep it simple this time around, so our tiny Nashata logo on the headband is what you get this time.
  • Lighter grey material with four vibrant colors to choose from (pink, apple green, orange, turquoise)
    As our hijab is for sportswear, we are offering lighter color combined with colorful headbands. We have many customers who purchase our hijab in many colors, some up to five color combinations!

They go well with Nashata’s Riada Sports Top. To find out more about how to put on Nashata’s Iman Hijab in 30 sec, watch the video now. Yes, it is that simple and fast to put on the hijab.

Sizes Available

Medium  Face – 29 cm, Length – 34 cm, Side – 26 cm
Large : Face – 30 cm, Length – 38 cm, Side – 36 cm

Note:

Measurement for face is taken when hijab is laid flat, measured at the side along the microfiber line.
Length of hijab at the front is taken from under the chin to the lowest part of the hijab when worn.
Side is the measurement from chest covering left to right when worn

 

________________________________________________________________________

 

Kami telah menerima banyak maklum balas daripada pelanggan kami mengenai Hijab Iman kami dan saiz besar telah kehabisan stok semenjak dua bulan yang lalu. Sekarang, saiz besar sudah kembali dengan ciri-ciri baru yang lebih baik.

Jadi apa yang baru dengan hijab Iman baru kami?

  • Band kepala ditambahkan pula dengan getah untuk memberi lebih keregangan di sekitar kepala
    Kami telah menambah getah pendek bersepadu bersama-sama dengan band kepala untuk menambahkan daya keregangan untuk anda.
  • Lebih panjang dan lebar di bahagian hadapan untuk menutup bahagian dada dengan lebih baik
    Kepanjangan hijab di bahagian hadapan untuk saiz besar  kini dilanjutkan dari 36 cm hingga 38 cm dengan ukuran dada yang lebih luas pada 36 cm
  • Logo Nashata yang diringkaskan
  • Warna terang kelabu  dengan empat warna pilihan yang bertenaga (merah jambu, epal hijau, oren, ‘turquoise’)
    Oleh kerana tudung kami adalah untuk sukan, kami menawarkan warna lebih terang  digabungkan dengan band kepala yang berwarna terang juga.Kami mempunyai banyak pelanggan yang membeli tudung kami dalam pelbagai warna, ada yang sehingga lima kombinasi warna!

Saiz:

Medium :  Muka – 29 cm, Panjang – 34 cm, Dada – 26 cm
Large/Besar : Muka – 30 cm, Pandang- 38 cm, Dada – 36 cm

Nota:

Pengukuran untuk muka diambil apabila tudung diletakkan rata.
Panjang hijab di bahagian hadapan diambil dari bawah dagu ke hujung tudung apabila dipakai.
Ukuran dada adalah ukuran  dada dari kiri ke kanan apabila dipakai