Kenapa badan GEMUK ???

Gemuk

1) STRESS

Sesetengah orang yang mengalami tekanan, dia akan mengambil makanan di luar tahap kebiasaan mereka. Tekanan yang diperolehi mungkin berpunca dari masalah keluarga, tekanan di tempat kerja, masalah kewangan, hubungan percintaan dan sebagainya. Hormon kortisol akan dilepaskan ketika dalam keadaan stress dan menyebabkan rasa lapa dan sekaligus meningkatkan pengumpulan lemak dalam badan.

http://widyadarablog.blogspot.com/2013/05/mengatasi-stres-penyebab-berat-badan.html

2) KETURUNAN

Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang. Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk. Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti. Meskipun kegemukan diwarisi secara genetik, ia masih boleh dicegah bergantung kepada diri setiap individu.

http://anizyn.blogspot.com/2009/04/punca-kegemukan.html#ixzz2kKVyrC9P

3) MALAS BERSUKAN

Dunia yang semakin pesat dengan perkembangan teknologi menyebabkan kita kurang melakukan aktiviti senaman dan tidak mengambil endah tentang kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ekonomi yang kurang stabil masa kini juga memberi kesan kepada kita kerana masing-masing sibuk mengejar wang untuk kesenangan dan keselesaan hidup tanpa menghiraukan keadaan kesihatan. Tetapi anda jangan terlupa! Kesihatan sangat bernilai dari wang ringgit.

4) PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang berlebihan akan mengakibatkan kegemukan. Makan di waktu malam juga akan menjadikan badan anda gemuk kerana tenaga yang digunakan pada waktu malam sangat kecil berbanding di waktu siang. Di sarankan makan pada kadar yang sedikit dan tidak berlebihan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kurangkan juga pengambilan makanan ringan mahupon makanan yang mengandungi kolestrol tinggi. Amalkan pemakanan yang seimbang!

 

KELEBIHAN SENAMAN AEROBIK

Senaman Aerobik adalah satu bentuk metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan penggunaan oksigen. Ia sukan yang amat menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak musik dan berkumpulan. Selain itu juga, sukan Aerobik ini memberikan banyak kebaikan pada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.

Senam Aerobik

 

1) JENIS SUKAN YANG MUDAH

Sukan ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan. Langkah-langkahnya berbeza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara berkumpulan. Gaya dan langkah-langkah yang dicetuskan melibatkan pergerakan di bahagian keselurahan anggota badan secara menyeluruh.

2) MEMBAKAR LEMAK

Kelebihan tarian Aerobik yang utama ialah membakar lemak. Walaubagaimanapun, lemak yang terbakar dalam setiap langkah Aerobik yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap individu, ketinggian, kelajuan dimana anda melakukan pergerakan, dan rutin kekerapan anda melakukan tarian Aerobik ini. Kadar ukuran lemak yang terbakar pada seseorang individu merujuk kepada HealthStatus.com ialah :

Langkah Aerobik secara perlahan – 68kg Langkah Aerobik  secara laju – 68kg
477 kalori 720 kalori

 

3) BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Senaman ini baik untuk jantung anda. Tambahan pula langkah-langkah Aerobik ini menambahkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan, yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh. Jantung anda akan mengepam dengan laju untuk menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi oleh badan.

4) MENSTABILKAN EMOSI

Langkah Aerobik ini merupakan medium yang baik untuk mengawal emosi dan kemurungan seseorang. Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senam Aerobik yang dilakukan akan menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan. Ia juga senaman yang menyeronokkan dimana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang lain.

5) SESUAI UNTUK SEMUA ORANG

Langkah senamrobik adalah salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian keadaan dan tempat yang selesa untuk melakukan latihan. Terdapat pelbagai program yang berlainan disediakan untuk golongan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan juga warga tua.

6) MENINGKATKAN DAYA FUNGSI BADAN

Tahap kecergasan bergantung kepada keupayaan anda untuk melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan langkah senamrobik dapat membantu anda mencapai matlamat itu! Salah satu faedah daripada langkah senamrobik adalah ia baik bagi membentuk dan meningkatkan fungsi kecergasan seperti yang dikenal pasti oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal dipanggil, ‘Journal of Strength and Conditional Research’. Kajian ini telah dijalankan ke atas wanita tua yang tidak aktif selama 12 minggu dan ia menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan 30-60 langkah senaman aerobik dalam beberapa minit dapat membantu wanita-wanita tua itu meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka.

Rujukan Artikal dari http://www.fitnessrepublic.com/fitness/the-benefits-of-step-aerobics.html

Salam MAAL HIJRAH 1435!

 jogging_1

Jika ada resolusi kesihatan,

Ada baiknya kita catitkan,

Hanya sekadar satu ingatan,

Tahap kesihatan perlu ditingkatkan.

 

Baiki KESIHATAN dan kesihatan akan perbaiki HATI,

Baiki HATI, dan hati akan perbaiki AKAL,

Baiki AKAL, dan akal akan perbaiki HIDUP,

Baiki HIDUP, dan hidup akan perbaikkan AKHIRAT,

InsyaAllah.

 

Semoga kita dapat menjalankan ibadah kita dengan baik pada tahun HIJRAH 1435

MSTGE’13 yang HEBAT!

Kami telah menyertai MSTGE (Malaysia Sports Trend and Games Expo) 2013 sebagai salah satu gerai jualan yang mengambil bahagian. Acara ini  berlangsung selama empat hari berturut–turut bermula dari 24 hingga 27 Oktober yang lepas dari pukul 11 pagi hingga ke 9 malam di MIECC, Mines Resort City Seri Kembangan. MSTGE’13 telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari pelbagai pihak tidak kira dari para pengunjung, gerai-gerai jualan yang terlibat mahupun pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam acara-acara pertandingan semasa Karnival Kecergasan Kebangsaan 2013 yang . Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik telah dijalankan antaranya :

1) Indoor Wall Climbing / Activiti Memanjat

Wall climbing

2) Booth pameran Nashata yang dilawat Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin

Nashata Booth

YB Khairy Jamaluddin melawat booth Nashata dan kami berpeluang untuk memberi demonstrasi ringkas.

3) Pertandingan Senaman Kecerdasan antara negeri-negeri seluruh Malaysia

Competitions

Gambar dari kiri ke kanan : Kumpulan Aerobik dari UITM Shah Alam, Kumpulan Aerobik dari Kuala Lumpur, Wakil Kumpulan dari Perak (gambar tengah), Wakil Kumpulan dari Negeri Sembilan, Kumpulan Aerobik dari Kelantan.
 

Terdapat pertandingan lompat tali, aerobik, Mr Gym 1M, Hip-Hop, dodgeball, futsal badminton, sepak takraw dan banyak lagi yang dijalankan  sepanjang MSTGE’13 sempena Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan. Kami berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan baru dari pelbagai negeri, tenaga pengajar dan kumpulan yang bertanding di seluruh Malaysia.  Kesemua pasukan bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

Jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang hadir membeli pakaian-pakaian Nashata dan banyak memberi sokongan kepada kami. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak penganjur dalam menjayakan MSTGE ini. Semoga kita sama-sama dapat berjumpa lagi akan datang!

PelangganGambar dari kiri ke kanan (atas) & tengah: Pelanggan luar dewasa dan kanak-kanak,
Gambar dari kiri ke kanan (bawah) : Kak Emi Pengajar Aerobik dari Pahang, Adasandha Pengajar Aqua Zumba

Menaiki TANGGA sebagai salah satu aktiviti sukan anda!

stairs-264x300 copy

 

Anda tidak perlu pergi ke gimnasium semata-mata untuk bersukan atau susah payah mengganti pakaian sukan, TANGGA juga boleh dijadikan sebagai medium untuk anda bersukan.

 

1) Menaiki tangga adalah salah satu aktiviti sukan aerobik dimana jantung anda akan mengepam laju dan sistem dalam badan anda berfungsi dengan baik. Kaki anda juga akan menjadi kuat kerana menaiki tangga ada melibatkan bahagian otot terutama dibahagian betis dan juga peha.

2) Cuba mulakan dengan mendaki 25 anak tangga terlebih dahulu, anda boleh teruskan anak tangga yang seterusnya mengikut kemampuan anda sendiri. Berhenti seketika jika anda penat dan jangan terlalu memaksa diri. Tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan.

3) Kedudukan badan anda juga perlulah betul semasa menaiki tangga bagi mengelakkan sakit di bahagian tulang belakang. Pastikan belakang badan anda lurus dan halakan badan kehadapan sedikit bagi mengelakkan anda terjatuh ke belakang.

4) Mendaki dua anak tangga sekali gus pada satu masa adalah latihan yang baik untuk otot kaki utama (terutamanya quadriceps) dan punggung (otot gluteal). Tetapi mereka yang mempunyai masalah lutut perlu berhati-hati dengan langkah ini. Jika kaki anda pendek, anda mungkin risiko mencederakan otot paha anda.

5) Melangkah menuruni tangga juga adalah senaman yang baik. Ia menggunakan paha-otot quadriceps dan, sedikit sebanyak, hamstrings. Berhati-hati dan jangan terlalu mengunci lutut ketika anda turun ke bawah. Jika anda terlalu banyak menuruni tangga atau bukit, lutut dan quadriceps anda akan berasa sakit walaupon kesakitannya akan berkurangan dengan melakukan sukan ini secara praktis

6) Untuk meningkatkan kecergasan,selang selikan langkah anda dengan satu dan dua anak tangga pada kadar yang sederhana dengan selang ringkas pada kadar yang lebih cepat.

7) Jika anda pergi ke gimnasium, alat Stepmill adalah pilihan yang baik. Anda boleh meningkatkan daya tahan untuk meningkatkan latihan anda. Beberapa alatan yang lain juga akan memberikan kesan pada bahagian atas badan anda dengan menggunakan alatan pemegang bergerak. Bergantung pada pemegang tangga akan mengurangkan intensiti senaman anda.

SELAMAT MENCUBA!

Rahsia Kelihatan Awek Muda Menerusi Acara Sukan Larian

Intan Suraya adalah seorang ibu kepada dua orang anak. Beliau seorang Muslimah yang aktif dalam acara marathon dan kami berpeluang menemuramah beliau untuk berkongsi pengalaman beliau bersama dalam menjalani aktiviti sukan secara berterusan dan mengorek rahsia apa yang membuatkan beliau mempunyai minat yang mendalam dalam acara larian ini. Mari kita menyingkap rahsia Intan yang dapat mengekal paras rupanya yang muda, cantik dan cergas untuk kita amalkan bersama.
gambar both

Apakah aktiviti sukan yang anda sertai?

Saya menyertai sukan larian.

Berapa kerap anda bersukan?

Saya bersukan (berlari) sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.

Anda selalu bersukan bersama siapa dan mengapa?

Saya suka berlari bersama kawan-kawan kerana ia lebih seronok. Saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan juga berkongsi pendapat. Selain itu, saya dapat mempertingkatkan keupayaan dalam larian saya. Biasanya saya berlari bersama kawan-kawan pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, kadang-kadang saya terpaksa berlari sendirian kerana faktor masa dan kelapangan.

Apa yang membuatkan anda bersemangat untuk melakukan aktiviti sukan?

Saya memilih larian sebagai aktiviti bersukan saya. Bagi saya larian adalah sukan yang paling mudah. Saya cuma perlukan pakaian dan kasut sukan. Berlari boleh dimana-mana sahaja. Di taman, kawasan rumah, padang dan sebagainya. Saya bersemangat untuk bersukan kerana saya sangat menjaga kesihatan diri saya. Faktor utamanya adalah sejarah kesihatan keluarga saya yang tidak baik. Ibu saya mengidap sakit jantung, darah tinggi dan diabetis, begitu juga arwah bapa saya yang mengidap sakit jantung dan darah tinggi. Dikalangan saudara mara ada yang mengidap cancer. Dimana kesemua penyakit berkenaan mudah diwarisi. Secara umumnya saya melihat, keluarga saya tidak mengamalkan aktiviti sukan pada awalnya. Justeru itu, saya bertindak untuk bersukan bagi mencegah dari mewarisi penyakit seperti mereka selain mengamalkan permakanan yang sihat. Selain itu saya merasa puas sekiranya pada setiap acara larian yang saya sertai saya dapat habiskan larian saya, dan bonus bagi saya sekiranya saya dapat pecahkan rekod larian saya sendiri pada satu-satu acara.

Bila anda mula menyertai aktiviti larian ini?

Saya menyertai acara larian ini semenjak dibangku sekolah lagi iaitu pada tahun 1990-an saya suka berlari, saya menyertai acara merentas desa. Semasa saya di IPT saya banyak menyertai acara larian sebagai aktiviti bersukan. Saya menyertai acara larian (perlumbaan) pada tahun 2009, apabila salah seorang rakan sepejabat mengajak berlari bersama pada acara larian tersebut.

Berapa acara larian yang anda cadang untuk sertai sepanjang tahun ini?

Pada setiap tahun saya bercadang akan berlari sekurang-kurangnya 12 acara larian (satu acara dalam satu bulan). Saya bercadang untuk menyertai 2 acara marathon (42km) dan yang selebihnya saya akan memilih acara yang bersesuaian dengan tempat dan masa.

Bagaimana persiapan diri anda untuk acara larian ini?

Saya akan pastikan saya sihat, dan tidak mengalami kecederaan semasa larian saya. Saya akan berlatih 3-4 kali seminggu. Setiap latihan saya akan catitkan masa dan jarak larian saya.

Apa matlamat anda dalam bersukan?

Matlamat saya adalah ingin sentiasa sihat dan cergas untuk saya menjalani tugas harian saya. Selain itu juga, dalam acara larian saya suka mencuba keupayaan diri saya sehingga saya dapat tamatkan larian.

Apa pakaian yang anda pakai dan apa yang membuatkan anda bersemangat untuk melakukan latihan?

Saya memakai pakaian yang selesa, dan mengikut kesesuaian sewaktu acara larian saya. Sekiranya acara larian yang melebihi 10km saya akan memakai baju dan seluar compression. Saya juga suka pakaian sukan yang berwarna dan corak yang menarik.

Apa yang anda pakai dan apa yang membuatkan anda perlukan untuk bersemangat dalam acara marathon?

Semasa marathon, saya akan pakai 2 pasang baju. Bahagian dalam saya akan memakai baju compression berlengan panjang. Bahagian luar saya memakai tshirt dari fit yang ringan dan menarik. Saya akan memakai seluar compression dan running skirt. Selain itu saya juga memakai tudung. Bagi saya untuk bersemangat saya perlukan pakaian yang selesa, saya perlukan tudung yang ringkas, selesa dan menarik.

Ada sebarang nasihat kepada rakan-rakan wanita di luar sana yang inginkan kehidupan yang aktif?

Kepada semua muslimah, bagi saya kesihatan yang baik adalah anugerah yang tidak terhingga.  Kita boleh mengubah dan mencegah penyakit dengan melakukan aktiviti bersukan. Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti bersukan sekurang-kurangnya seminggu 3 kali selama 30 minit.

Semoga ilmu dan pengalaman yang beliau kongsikan bersama kita semua dapat sedikit sebanyak memberikan semangat dan kesan yang mendalam untuk kita sama-sama lakukan aktiviti sukan bagi mengekalkan kesihatan yang baik sentiasa. Mari kita contohi Intan Suraya sebagai mentor terbaik bagi diri kita semua!