Tips Elakkan Kecederaan Semasa Bersukan

Kebiasaannya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kekejangan iaitu kecederaan sama ada pada otot atau tendon. Seseorang mungkin mengalami kecederaan pada wajah, kaki, lengan dan kepala kerana pergerakan yang tidak dapat dikawal semasa bersukan. Bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan ketika bersukan, di bawah ini terdapat beberapa tips untuk dipraktiskan bersama sebelum melakukan sebarang jenis aktiviti sukan:

Tips kurangkan kecederaan_1

1) Pakai pakaian sesuai

Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar dan labuh. Penggunaan t-shirt yang diperbuat daripada kain kapas dapat membantu menyerap peluh dengan cepat ketika bersukan. Pin pada tudung mungkin boleh tercucuk. Pakaian yang besar mungkin akan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkur. Pemakaian selipar boleh melibatkan kaki terkehel dan sebagainya.

2) Patuhi peraturan

Setiap jenis sukan ada tersedia cara bermain dan cara untuk melakukannya. Jika anda tidak pasti, jangan mengambil risiko untuk cuba melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti anda sendiri. Adalah sebaiknya anda mengikut arahan tenaga pengajar (coach/instructor) atau pon bertanya kepada orang yang lebih mengetahui tentangnya terlebih dahulu. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

3) Panaskan badan sebelum bersukan

Ramai orang tidak mengambil berat dan menganggap panaskan badan sebelum sukan tidak penting. Tujuan utama pemanasan badan adalah bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan mengalami sebarang kesakitan atau kekejangan otot selepas bersukan. Lakukan pemanasan badan yang merangkumi seluruh bahagian badan seperti contoh di bahagian kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, bahagian pinggang, peha, kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki.

4) Tahu menggunakan peralatan sukan

Setiap jenis alat sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda perasaan, di taman-taman permainan ada tersedia cara-cara menggunakannya. Ini bertujuan untuk menjaga alatan tersebut daripada mengalami sebarang kerosakan dan mengelakkan anda dari mengalami sebarang kemalangan yang tidak di ingini. Jika anda terasa terbeban dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda untuk terus melakukannya. Pastikan anda memakai alat pelindung yang sesuai ketika bersukan sebagai contoh topi keledar

5) Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan

Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terasa letih, cara anda melakukan sukan juga mungkin tidak betul kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Anda akan hilang fokus dan sekali gus menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam pemyembuhan atau kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah parah.

Apa yang perlu anda lakukan jika tercedera ketika bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan
bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!

Prinsip asas ialah RICE.

R Untuk ‘Rest‘ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi
mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I Untuk ‘Ice‘. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.
Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan
dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C Untuk ‘Compression‘. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang
tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin
kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E Untuk ‘Elevation‘ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang
tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan
bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

 

Rujukan dari : http://www.pusatsukan.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=177&Itemid=128

 

DAFTAR SEGERA !!!

Bagi mereka yang masih belum mencapai target marathon anda, DAFTAR SEGERA untuk acara Cyberjaya Resolution Run yang akan berlangsung pada 20 Disember 2013.

cyberjaya

Untuk petanyaan lanjut, sila hubungi En Zaidy/Ellie di talian 03-8315 6111. Dapatkan borang penyertaan disini!

form

Nota : Acara ini tidak diuruskan oleh pihak kami. Kami hanya mengwar-warkan acara ini untuk semua orang yang berminat.

Ketahui khasiat buah DURIAN BELANDA

Tahukah anda DURIAN BELANDA mempunyai pelbagai khasiat yang istimewa?

 

Durian belanda mempu­nyai saiz sederhana besar, kulitnya berduri lembut, durinya jarang dan tidak tajam, isi buah berwarna putih dan rasanya masam-masam manis. Kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman.

Nama saintifik durian belanda mengikut negara-negara berbeza :

Brazil = Graviola,

Sepanyol = Guanabana,

Bahasa Inggeris = Soursop,

Indonesia = Sirsak

Malaysia = Durian Belanda.

Durian belanda mengandungi bahan-bahan seperti Fosforus, Vitamin B,Vitamin C, Amyloid, Asid Sitrik, Fruktosa, Manganese, Sukrosa, Reticuline, Tannin.

Buah ini juga berfungsi sebagai Anti Bakteria, Antikanser, Antitumor, Astrigen, Anti Fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasa­ngan inginkan zuriat.

Hasil penyelidikan membuktikan bahawa buah DURIAN BELANDA ini dapat :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Selain daripada merawat kanser, rebusan daun ini juga sesuai bagi mereka yang  mengalami:

  • Masalah batu hempedu
  • Anti sembelit
  • Menurunkan urik asid (gout)
  • Sebagai antibody dalam tubuh
  • Memudahkan sel-sel badan
  • Mencegah selsema
  • Mengatasi masalah kencing tidak lawas

 

Rujukan artikel dari :

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Durianbelandarawatkanser/Article/

http://www.melurhasanah.com/2013/05/khasiat-durian-belanda.html

http://panduanpercuma.info/tahukah/5299/khasiat-daun-durian-belanda/

 

Wujud ke GYM untuk PEREMPUAN sahaja? Jawapannya YA!

Tidak semua wanita sanggup untuk pergi bersenam di pusat rekreasi atau pusat kecergasan kerana dihantui perasaan malu ketika bercampur dengan kaum Adam. Apatah lagi bagi wanita muslimah yang mementingkan aurat serta keselamatan, lokasi terbuka atau gim uniseks merupakan satu halangan. Dibawah ini ada tersedia beberapa senarai tempat-tempat gym KHAS UNTUK WANITA SAHAJA. Kini tiada alasan lagi untuk anda bersukan! Datanglah beramai-ramai bersama rakan-rakan anda yang lain ke gym yang berdekatan dengan anda.

TEMPAT GYMNASIUM

Rockafella Gym
Fee         :
RM 10 per entry
Address :
No. 2-37 Jalan Prima SG 2, Taman  Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Contact  : +603-6185 9480

Bangi Fitness
Fee        : RM15 per entry
Address : No. 38A, Jalan 7/7A, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Contact : +603-8926 3448
Nurul Fitness
Fee        : RM10 per entry
Address : No.39-A, Jalan Intan 2/7, Taman     Puchong Intan, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan

Contact : 019-633 2819
Curves
Fee       : Unknown
Address: 67 Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara, Federal Territory of Kuala Lumpur
Contact: +603-2093 6988
Tropic Fitness
Fee        : Unknown
Address : No 28-2, Jalan 1/4, Bandar Puteri  Puchong, 47100, Puchong, Selangor
Contact : +603-8060 3497
NRG Fitness
Fee        : RM10/RM5 per entry
Address : No 23A (1st Floor), Jalan Kristal K7/K, Section 7, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Contact : 017-2132097
Contours Express 
Fee        : RM19 for one week trial
Address : No 4B, Jalan Plumbum P 7/P Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Contact : +603-5511 2328
Phillip Wain 
Fee        : Unknown
Address : Millennium Tower, Level 1-2 & 2-3, 8 Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Contact : +603- 2092 2200
Lola Fitness Studio 
Fee        : Unknown
Address : G67-1, Jalan Tecknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor
Contact : 018-255 8455
STOMP Fitness Studio Ampang 
Fee        : RM 30.00 walk-in/trial
Address : 4-2A Jalan Up 1/7, Taman Ukay     Perdana, 68000 Ampang, Selangor Darul EhsanContact : 010-2767 573

 

Acara larian pada bulan hadapan (DECEMBER) 2013!!!

Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dapat disertai sepanjang bulan December akan datang. Penuhi hari minggu anda dengan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan dan jangan lupa untuk mengajak rakan-rakan anda yang lain! Mari kita bersukan bersama-sama!

01/12/2013 – Sunday

CICM Responsible Care Run | Setia Alam, Shah Alam, Selangor | 5km, 10km, HM |
Team Malaysia Fan Run | Dataran Putrajaya, Precinct 3, Putrajaya | 3km, 10km, 15km |

07/12/2013 – Saturday

4th Putrajaya International 12-Hour Walk | Dataran Putrajaya, Putrajaya | Walk |

08/12/2013 – Sunday

GM Klang Run 4 It 7 | GM Klang Wholesale City, Klang, Selangor | 5km, 10km, HM |
The White Ribbon Run | Padang Merbuk, Kuala Lumpur | 7km Run, 3km Walk |

15/12/2013 – Sunday

Mizuno PACM Relay Run | MAEPS/MARDI, Serdang, Selangor | Relay | 4 x 3.86km |

22/12/2013 – Sunday

Bangi Fun Run | Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor | 3.5km |

28/12/2013 – Saturday

Petzl Allsports Night Trail Run | Taman Cabaran Putrajaya, Presint 5, Putrajaya | 10km |

29/12/2013 – Sunday

Morib Fun Run | Dataran Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor | 5km |
Newton Challenge | Bandar Kinrara, Puchong, Selangor | 15km, 25km |
Up Hills Speed Run | Taman Cabaran Putrajaya, Precinct 5, Putrajaya | 600m |

Aktiviti-aktiviti berfaedah untuk anak-anak anda di musim cuti sekolah!

Cuti sekolah yang panjang sudah pun bermula. Apa aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah? Penuhi masa terluang anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah di bawah ini dan jangan sesekali membiarkan mereka membuang masa kerana masa itu EMAS dan sangat berharga!

Aktiviti Berfaedah musim cuti sekolah

1) Kem Cuti Sekolah

Kebiasaannya sebelum cuti sekolah bermula, guru kelas ada menganjurkan kem-kem cuti sekolah yang termasuk dalam aktiviti kokurikulum. Para ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam kem-kem anjuran luar di mana banyak memberi faedah dan kebaikan pada diri mereka. Seperti contoh Kem Jati Diri, Kem Khemah Ibadah, Kem Motivasi dan sebagainya

2) Sertai Kelas Kemahiran

Selain dari belajar semata-semata mengadap buku  yang tebal, anak-anak anda boleh menyertai kelas kemahiran untuk meningkatkan taraf kebolehan diri masing-masing supaya diri mereka boleh menjadi ‘multitasking’ dan lebih berharga berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Seperti contoh Kelas Musik, Kelas Memasak/Menjahit, Kelas Bertukang dan sebagainya.

3) Siapkan Tugasan Sekolah

Beri peringatan kepada anak-anak anda supaya menghabiskan kesemua kerja sekolah yang diberikan terlebih dahulu terutama kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun hadapan. Ini juga mencerminkan keperibadian anak anda dan keluarga dalam mendidik dan mendisiplinkan diri mereka.

4) Beriadah Bersama Kawan-kawan dan Keluarga

Kadang-kala para ibu bapa tiada masa untuk meluangkan masa mereka untuk anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja. Beriadah bersama anak-anak di waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau selepas balik kerja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan apa yang penting dapat menyihatkan tubuh badan seperti contoh berbasikal, berjoging, mendaki bukit dan sebagainya.

5) Bergotong royong

Melakukan aktiviti pembersihan kawasan rumah dan di dalam bilik juga dapat menyihatkan tubuh badan dimana ia dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak apabila menggunakan tenaga. Islam juga mementingkan kebersihan bagi mengelakkan sebarang penyakit dan jangkitan kuman pada badan.

6) Menonton Televisyen

Anak-anak kini gemar menonton cerita-cerita terbaru atau kartun. Sebaiknya berikan pendedahan tentang sukan dan penjagaan kesihatan melalui siaran-siaran sukan dan kesihatan di kaca televisyen seperti sukan bola sepak, badminton atau sebagainya dimana mereka boleh praktiskan semasa melakukan sebarang latihan atau pertandingan. Ia juga sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memupuk semangat kesukanan dan penjagaan diri dengan baik dalam diri anak-anak anda.

7) Pergi ke perpustakaan

Berikan mereka pendedahan tentang pentingnya membaca buku. Bawa  mereka bersama ke perpustakaan yang berhampiran untuk meminjam dan membaca buku. Berikan juga mereka kebebasan dalam mengolah isi kandungan setiap buku yang dibaca mengikut pemahaman dan kreativiti mereka tersendiri. Aktiviti sebegini juga dapat mengelakkan anak-anak anda terjebak dari aktiviti-aktiviti yang kurang sihat akibat terpengaruh dengan rakan-rakannya yang lain.

8) Aktiviti bersama keluarga

Ajar anak-anak anda sembahyang berjemaah bersama dan hadiri kelas-kelas Al-Quran untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang hal-hal berkenaan akhirat. Aktiviti ini sekali gus dapat memberi kesedaran yang mendalam dalam diri mereka dan membentuk sahsiah diri yang baik. Selain itu juga anda boleh memasak bersama-sama untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dengan anak-anak.

Pernah gunakan APLIKASI untuk sukan di telefon bimbit?

Ramai di antara kita tidak peka terhadap aplikasi-aplikasi untuk tujuan sukan yang boleh di muat naik hanya menggunakan telefon bimbit. Apa yang hanya diperlukan ialah jalur lebar (internet) untuk memuatnaik aplikasi-aplikasi ini dan menggunakannya sacara online. Terdapat banyak faedah dan kelebihan yang mungkin kita tidak ketahui sebelum ini. Antaranya: –

Faedah-Faedah Menggunakan Aplikasi Sukan di Telefon Bimbit

* Boleh mengukur keseluruhan jarak di ikuti dengan masa larian serta lemak terbakar.

* Memberi arah mengikuti peta secara terperinci dan laluan yang pernah digunakan.

* Ikut pelan terperinci untuk membantu mencapai matlamat kecergasan tertentu.

* Memberi panduan larian yang betul dengan hanya menonton video di telefon bimbit.

* Boleh terus berkongsi segala kuputusan larian di Facebook, Twitter, Google+.

* Mengira tahap kesihatan jantung semasa larian.

Mobile Application

Kenapa badan GEMUK ???

Gemuk

1) STRESS

Sesetengah orang yang mengalami tekanan, dia akan mengambil makanan di luar tahap kebiasaan mereka. Tekanan yang diperolehi mungkin berpunca dari masalah keluarga, tekanan di tempat kerja, masalah kewangan, hubungan percintaan dan sebagainya. Hormon kortisol akan dilepaskan ketika dalam keadaan stress dan menyebabkan rasa lapa dan sekaligus meningkatkan pengumpulan lemak dalam badan.

http://widyadarablog.blogspot.com/2013/05/mengatasi-stres-penyebab-berat-badan.html

2) KETURUNAN

Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang. Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk. Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti. Meskipun kegemukan diwarisi secara genetik, ia masih boleh dicegah bergantung kepada diri setiap individu.

http://anizyn.blogspot.com/2009/04/punca-kegemukan.html#ixzz2kKVyrC9P

3) MALAS BERSUKAN

Dunia yang semakin pesat dengan perkembangan teknologi menyebabkan kita kurang melakukan aktiviti senaman dan tidak mengambil endah tentang kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ekonomi yang kurang stabil masa kini juga memberi kesan kepada kita kerana masing-masing sibuk mengejar wang untuk kesenangan dan keselesaan hidup tanpa menghiraukan keadaan kesihatan. Tetapi anda jangan terlupa! Kesihatan sangat bernilai dari wang ringgit.

4) PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang berlebihan akan mengakibatkan kegemukan. Makan di waktu malam juga akan menjadikan badan anda gemuk kerana tenaga yang digunakan pada waktu malam sangat kecil berbanding di waktu siang. Di sarankan makan pada kadar yang sedikit dan tidak berlebihan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kurangkan juga pengambilan makanan ringan mahupon makanan yang mengandungi kolestrol tinggi. Amalkan pemakanan yang seimbang!

 

KELEBIHAN SENAMAN AEROBIK

Senaman Aerobik adalah satu bentuk metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan penggunaan oksigen. Ia sukan yang amat menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak musik dan berkumpulan. Selain itu juga, sukan Aerobik ini memberikan banyak kebaikan pada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.

Senam Aerobik

 

1) JENIS SUKAN YANG MUDAH

Sukan ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan. Langkah-langkahnya berbeza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara berkumpulan. Gaya dan langkah-langkah yang dicetuskan melibatkan pergerakan di bahagian keselurahan anggota badan secara menyeluruh.

2) MEMBAKAR LEMAK

Kelebihan tarian Aerobik yang utama ialah membakar lemak. Walaubagaimanapun, lemak yang terbakar dalam setiap langkah Aerobik yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap individu, ketinggian, kelajuan dimana anda melakukan pergerakan, dan rutin kekerapan anda melakukan tarian Aerobik ini. Kadar ukuran lemak yang terbakar pada seseorang individu merujuk kepada HealthStatus.com ialah :

Langkah Aerobik secara perlahan – 68kg Langkah Aerobik  secara laju – 68kg
477 kalori 720 kalori

 

3) BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Senaman ini baik untuk jantung anda. Tambahan pula langkah-langkah Aerobik ini menambahkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan, yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh. Jantung anda akan mengepam dengan laju untuk menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi oleh badan.

4) MENSTABILKAN EMOSI

Langkah Aerobik ini merupakan medium yang baik untuk mengawal emosi dan kemurungan seseorang. Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senam Aerobik yang dilakukan akan menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan. Ia juga senaman yang menyeronokkan dimana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang lain.

5) SESUAI UNTUK SEMUA ORANG

Langkah senamrobik adalah salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian keadaan dan tempat yang selesa untuk melakukan latihan. Terdapat pelbagai program yang berlainan disediakan untuk golongan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan juga warga tua.

6) MENINGKATKAN DAYA FUNGSI BADAN

Tahap kecergasan bergantung kepada keupayaan anda untuk melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan langkah senamrobik dapat membantu anda mencapai matlamat itu! Salah satu faedah daripada langkah senamrobik adalah ia baik bagi membentuk dan meningkatkan fungsi kecergasan seperti yang dikenal pasti oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal dipanggil, ‘Journal of Strength and Conditional Research’. Kajian ini telah dijalankan ke atas wanita tua yang tidak aktif selama 12 minggu dan ia menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan 30-60 langkah senaman aerobik dalam beberapa minit dapat membantu wanita-wanita tua itu meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka.

Rujukan Artikal dari http://www.fitnessrepublic.com/fitness/the-benefits-of-step-aerobics.html

Salam MAAL HIJRAH 1435!

 jogging_1

Jika ada resolusi kesihatan,

Ada baiknya kita catitkan,

Hanya sekadar satu ingatan,

Tahap kesihatan perlu ditingkatkan.

 

Baiki KESIHATAN dan kesihatan akan perbaiki HATI,

Baiki HATI, dan hati akan perbaiki AKAL,

Baiki AKAL, dan akal akan perbaiki HIDUP,

Baiki HIDUP, dan hidup akan perbaikkan AKHIRAT,

InsyaAllah.

 

Semoga kita dapat menjalankan ibadah kita dengan baik pada tahun HIJRAH 1435